Codemaster hari ini akhirnya berkongsi video bentuk permainan buat pertama kalinya untuk permainan mereka F1 2020. Ia memperlihatkan sesi perlumbaan serta pemandu-pemandu yang akan hadir. Anda juga boleh melihat rekaan kereta, namun ia bukan rekaan akhir dan mungkin berubah.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Selain itu ia juga memperlihatkan perlumbaan F2 yang kini disertakan bersama melalui mod karier.

F1 2020 akan dikeluarkan pada 10 Julai 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, PC dan Stadia.

Sohor Kini