Informasi Permainan Video Terkini
Permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius Mencapai 4 Juta Muat-Turun

Permua War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius Mencapai 4 Juta Muat-Turun

Diterbitkan pada Mei 13, 2020 oleh .

Baru sahaja beberapa minggu lepas kami melaporkan yang mana permainan mudah-alih War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius baru sahaja mencapai 3 juta muat-turun dan kini, Square-Enix mengumumkan yang mana permua tersebut kini mencapai sejumlah 4 juta muat-turun sejak ia dilancarkan.

Bersempena dengan kejayaan ini, Square-Enix berkongsi satu video khas yang memperlihatkan animasi khas berdasarkan permua tersebut dengan lagu latar All of Love yang dinyanyikan oleh Raychell. Menariknya, mereka juga mengadakan kempen khas melalui lagu latar tersebut yang mana pemain berpeluang untuk dapatkan 2,000 nilai Visiore di dalam permua ini.

Selain itu, Square-Enix juga beberapa acara khas lain yang akan diadakan dengan 500 nilai Visiore yang akan diberikan kepada pemain secara percuma setiap hari.

War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius telah pun dilancarkan secara percuma di iOS dan Android dan bagi anda yang berminat untuk muat-turun permua tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.

Muat-Turun iOS: War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius

Muat-Turun Android: War Of The Visions: Final Fantasy Brave Exvius


TIPS & ULASAN