Marvel’s Iron Man VR Bakal Tiba 3 Julai Ini

Sony hari ini akhjrnya mengumumkan tarikh pelancaran baharu buat permainan Marvel’s Iron Man VR di mana ia bakal dilancarkan pada 3 Julai 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan ini, ianya sebelum ini ditundakan atas sebab masalah logistik kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Marvel’s Iron Man VR adalah permainan khas yang dibangunkan sebagai permainan realiti-maya yang mana pemain akan bermain sebagai Tony Stark, iaitu adiwira Iron Man dan berupaya untuk berterbangan di udara disamping bertempur dengan pelbagai jenis musuh.

Untuk senarai pra-tempahan dan informasi lanjut permainan ini, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini