Skip to main content

Stargirl adalah satu lagi siri TV DC Universe yang bakal disiarkan tidak lama lagi. Ia mengisahkan seroang gadis bernama Courtney Whitmore yang telah menemui tongkat kuasa Starman. Secara tidak langsung memberi kuasa kepada beliau dan menjadi Stargirl.

Video acah sebelum ini telah memperlihatkan bapa tiri Courtney lakonan Luke Wilson sebagai Pat Dugan/S.T.R.I.P.E, iaitu pembantu kepada Starman. Starman dilihat telah dibunuh oleh seorang musuh. Dalam video acah terkini yang turut merupakan video acah terakhir telah memperlihatkan pula pembunuh Starman. Selain itu, ia turut memperlihatkan kata-kata semangat Stargirl, yang merekrut pelbagai adiwira lain untuk menubuhkan satu kumpulan khas bagi menentang musuh ini.

Stargirl akan mula disiarkan di platform DC Universe bermula 18 Mei ini. Ia tidak boleh ditonton di Malaysia begitu sahaja, tetapi pengguna boleh melanggan dengan menggunakan VPN jika berminat untuk tonton siri TV ini.

Leave a Reply