Informasi Permainan Video Terkini
KartRider Rush+ – Permua Perlumbaan Oleh Nexon Kini Tiba Di iOS Dan Android

KartRider Rush+ – Permua Perlumbaan Oleh Nexon Kini Tiba Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Nexon hari ini akhirnya melancarkan permua perlumbaan baharu di platform telefon pintar iaitu KartRider Rush+ yang mana ianya boleh dimuat-turun secara percuma.

KartRider Rush+ merupakan permainan perlumbaan berdasarkan siri Kart Rider di mana ianya menyertakan lebih dari 50 litar perlumbaan dan 20 jenis kenderaan kart bersama dengan pelbagai jenis pengubah-suaian watak.

Menariknya, permua ini turut menyertakan pelbagai bentuk permainan seperti bentuk penceritaan, bentuk arked, kompetitif dan juga bentuk perlumbaan masa. Selain itu, permua ini juga boleh dimainkan secara atas-talian di mana pemain berupaya untuk berlumba dengan rakan-rakan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh muat-turun permainan tersebut secara percuma melalui pautan di bawah di App Store dan juga Google Play Store.

Muat-Turun iOS: KartRider Rush+

Muat-Turun Android: KartRider Rush+


TIPS & ULASAN