Skip to main content

Menurut laporan WCCFTech, permainan Assassin’s Creed Valhalla yang bakal diumumkan bakal tiba di konsol generasi seterusnya pada penghujung tahun ini akan menyokong resolusi sehingga 4K dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 30FPS di konsol Xbox Series X.

Ubisoft juga menyatakan yang mana dengan prestasi konsol tersebut, permainan tersebut juga akan menerima peningkatan prestasi skrin pemuatan yang lebih pantas dengan visual grafik yang lebih menawan. Akan tetapi informasi lain tidak diumumkan.

Semestinya ini adalah satu perkara yang tidak mengejutkan memandangkan permainan seperti Assassin’s Creed semestinya adalah satu permainan yang memfokuskan dunia terbuka yang meluas, sekaligus untuk bermainnya dengan resolusi 4K bersama kadar bingkai sesaat 30FPS dengan spesifikasi konsol Xbox Series X tersebut, ianya sudah boleh dikatakan satu prestasi yang cukup baik.

Laporan tersebut juga tidak menyatakan tetapan lain terutamanya jika permainan tersebut dimainkan dengan resolusi 1080P yang mana kami percaya ia pasti akan membenarkan sokongan kadar bingkai sesaat yang lebih tinggi. Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini sebarang berita lanjut berkenaannya setelah ia diumumkan kelak.

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One PC dan Stadia bersama-sama di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X menjelang penghujung tahun ini.

Leave a Reply