Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Merancang Untuk Melancarkan Beberapa Permainan Utama Untuk Tahun Fiskal Ini

Capcom Merancang Untuk Melancarkan Beberapa Permainan Utama Untuk Tahun Fiskal Ini

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Capcom hari ini mengeluarkan laporan kewangan bagi syarikat mereka di mana mereka berkongsi beberapa perancangan berkenaan pelancaran permainan mereka pada masa akan datang dan juga laporan jumlah jualan permainan mereka.

Di dalam laporan tersebut, mereka menyasarkan untuk menjual sejumlah 28 juta unit permainan bagi tahun fiskal 2020 dan 2021 ini. Ini merupakan sasaran yang tertinggi buat mereka di mana bagi tahun fiskal 2019 dan 2020, mereka mencapai jumlah jualan sebanyak 25.5 juta unit jualan.

Menurut mereka, sasaran ini akan dilakukan melalui jualan strategi secara digital dan juga jualan mengikut rantau bersama harga permainan yang fleksibel. Dari segi sasaran jualan, 18 juta daripadanya akan berdasarkan jualan permainan yang dilancarkan sebelum ini dan baki 10 juta adalah daripada jualan untuk permainan yang bakal dilancarkan kelak.

Mereka juga menyasarkan akan melancarkan lebih banyak beberapa permainan utama dan juga mengembangkan beberapa hak intelek mereka lebih daripada permainan, seperti filem buat siri Monster Hunter. Tampaknya Capcom semestinya akan meneruskan kejayaan mereka pada tahun-tahun akan datang di mana mereka juga melaporkan syarikat tersebut kini mempunyai sejumlah pembangun sebanyak 2,150 pekerja.

Menariknya, apabila bercakap berkenaan jumlah permainan yang bakal dilancarkan, seperti yang dilaporkan oleh penganalisa Daniel Ahmad di atas, kelihatan Capcom akan melancarkannya sejumlah permainan yang lebih sedikit untuk tahun fiskal ini. Dengan kenyataan berkenaan permainan utama, kami percaya sebahagian daripadanya adalah permainan Resident Evil VIII yang dilaporkan sebelum ini.

Walaubagaimana pun, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Capcom.


TIPS & ULASAN