Informasi Permainan Video Terkini
Summer Game Fest 2020 – Senarai Acara Dan Pengumuman Dikemaskini Dengan Waktu Tempatan

Summer Game Fest 2020 – Senarai Acara Dan Pengumuman Dikemaskini Dengan Waktu Tempatan

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Pada awal bulan ini, Geoff Keighley mengumumkan acara Summer Game Fest 2020 yang mana ianya akan mengumpul pelbagai acara dan pengumuman berkenaan permainan video sepanjang bulan Mei sehingga Ogos ini. Menurut Geoff Keighley, acara-acara tersebut akan menyertakan beberapa pengumuman termasuklah sesi temu bual bersama beliau bersama dengan kolaborasi bersama penerbit lain.

Terkini, melalui laman rasmi acara tersebut, Geoff Keighley telah berkongsi beberapa kemaskini acara dan masa di mana terdapat juga beberapa acara yang telah pun diumumkan sebelum ini yang akan disertakan secara bersama di dalam senarai ini.

Untuk memudahkan anda melihat segala pengumuman tersebut, kami menyenaraikan di bawah dengan waktu tempatan:

Bulan Mei

  • Acara Sunrise #1 – 13 Mei 2020 – Jam 12 Tengah malam
    • Geoff Keighley akan mengumumkan satu permainan kejutan khas.
    • Kemaskini 13 Mei 2020: Pengumuman tersebut adalah permainan Tony Hawk’s Pro Skater 1+2, informasi lanjut di artikel ini.
  • Acara Summer Game Fest Khas – 13 Mei 2020 – Jam 11 Malam
    • Temu bual khas bersama Geoff Keighley dan siaran khas Summer Game Fest
    • Kemaskini 14 Mei 2020: Acara tersebut memperlihatkan bentuk dan visual permainan bagi enjin permainan Unreal Engine 5 yang dimainkan di konsol PlayStation 5. Informasi lanjut di artikel ini.
  • Acara State Of Play oleh SIE – 15 Mei 2020 – Jam 4 Pagi
    • Acara khas memfokuskan permainan Ghost Of Tsushima. Informasi lanjut di sini.
    • Kemaskini 15 Mei 2020: Bentuk permainan Ghost Of Tsushima Diperlihatkan. Informasi lanjut di artikel ini.
  • Acara State Of Play Oleh SIE – 28 Mei 2020 – Jam 4 Pagi
    • Acara khas memfokuskan permainan The Last Of Us Part II. Informasi lanjut di sini.
    • Kemaskini 28 Mei 2020: Bentuk permainan The Last Of Us Part II Diperlihatkan. Informasi lanjut di artikel ini.
  • Acara Outriders – 29 Mei 2020 – Jam 12 Pagi
    • Acara khas berkenaan permainan Outriders oleh Square-Enix dan People Can Fly.
    • Kemaskini 31 Mei 2020: Bentuk permainan Outriders Diperlihatkan. Informasi lanjut di artikel ini.

Bulan Jun

  • PlayStation 5: The Future Of Gaming – Ditunda
  • Guerilla COllective – 7 Jun 2020 – 1 Pagi
  • PC Gaming Show – 7 Jun 2020 – 3 Pagi
  • Future Game Show – 7 Jun 2020 – 4:30 Pagi
  • Upload VR Showcase – 9 Jun 2020 – 12 Pagi
  • World Of Warcraft: Shadowlands – 10 Jun 2020 – 12 Pagi
  • Steam Game Festival: Edisi Musim Panas – 9 hingga 14 Jun 2020
    • Informasi lanjut boleh di baca di sini.
  • Acara Khas Cyberpunk 2077 – 11 Jun 2020
    • Informasi lanjut akan diumumkan kemudian
  • EA Play – 12 Jun 2020 – Jam 7 Pagi
    • Informasi lanjut boleh di baca di sini.
  • Developer Showcase: June – 22 Jun 2020 – 11 Malam
    • Acara khas oleh pembangun Indie.
  • New Game + Expo – 23 Jun 2020 – 11 Malam
  • Marvel’s Avengers: War Table – 22 Jun 2020

Bulan Julai

  • Acara Tennocon 2020 – 11 Julai 2020
    • Digital Extremes akan kongsikan informasi lanjut berkenaan permainan Warframe
  • Acara Ubisoft Forward – 13 Julai 2020 – Jam 3 Pagi
    • Pengumuman permainan oleh Ubisoft. Informasi lanjut di sini.
  • Developer Showcase: July – 20 Julai 2020
    • Acara khas oleh pembangun Indie.

Bulan Ogos

  • Gamescom: Opening Night Live – 25 Ogos 2020 – Jam 2 Pagi
    • Acara khas digital Gamescom bersama Geoff Keighley dengan pelbagia pengumuman bersama industri
  • Gamescom 2020: Daily Show – 28 Ogos 2020
  • Gamescom 2020: Daily Show + Awesome Indies – 29 Ogos 2020
  • Gamescom 2020: Best Of Show – 30 Ogos 2020

Semestinya akan terdapat pelbagai acara lain yang masih belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini segala pengumuman tambahan berkenaan acara-acara di dalam Summer Game Fest kelak di artikel ini.


TIPS & ULASAN