Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri Netflix berdasarkan filem Ju-On akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Netflix iaitu Ju-On: Origins di mana ianya bakal tiba di platform penstriman tersebut pada 3 Julai 2020 ini.

Ini merupakan pertama kali siri Ju-On diadaptasikan sebagai siri drama di mana dituliskan oleh Hiroshi Takashi iaitu penulis skrip asal buat filem Ring dan diterbitkan oleh Takashige Ichise. Siri ini jgua diarahkan oleh Sho Miyake iaitu pengarah terkenal dengan filem And Your Bird Can Sing.

Ju-On: Origins memfokuskan penceritaan kisah “benar” berdasarkan sumpahan buat siri Ju-On ini di mana ianya memperlihatkan pelabgai watak yang akan terlibat selepas memasuki rumah berhantu tersebut.

Semestinya apabila pertama kali saya sendiri menonton video acah di atas, ianya membawa kembali kenangan seram kami buat siri tersebut dan kami semestinya tidak sabar untuk menontonnya menjelang Julai ini.

Bagi anda yang masih belum melanggan Netflix, kami mengesyorkan anda untuk membaca artikel di bawah di mana kami senaraikan beberapa pilihan platform penstriman termasuklah Netflix bersama harga langganan, kandungan dan sebagainya.

Sohor Kini