Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Mengumumkan Acara Digital “Forward” Pada 13 Julai Ini

Ubisoft Mengumumkan Acara Digital “Forward” Pada 13 Julai Ini

Diterbitkan pada Mei 12, 2020 oleh .

Dengan pembatalan pelbagai acara permainan video, kebanyakan penerbit permainan mengumumkan acara digital mereka sendiri, antaranya adalah EA yang sebelum ini mengumumkan EA Play Live yang akan di strim pada 12 Jun ini.

Minggu ini, Ubisoft pula mengumumkan acara yang sama iaitu Ubisoft Forward di mana mereka menjanjikan pelbagai pengumuman dan permainan terbaru.

Acara ini akan distrim pada 3 pagi, 13 Julai ini, lebih lambat berbanding tarikh asal E3, tetapi mungkin ia lebih memfokuskan kepada pengumuman untuk konsol generasi depan.

Seperti biasa, kami akan kemaskini sebarang pengumuman yang dilakukan.


TIPS & ULASAN