Firaxis Games dan 2K Games minggu ini mengumumkan yang permainan strategi Civilization VI bakal menerima pas semusim baharu, di mana ia akan menyertakan 6 DLC yang akan dikeluarkan setiap bulan bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan.

DLC pertama yang dirancang adalah Pek Maya & Gran Colombia yang akan tiba pada 21 Mei ini. Ia akan menyertakan 2 peradaban dan 2 ketua baharu serta beberapa penambahan mod permainan, antaranya Mod Apocalyse yang akan menjadi sesi permainan lebih sukar dengan pelbagai bencana alam akan berlaku.

Maklumat lanjut mengenai DLC tersebut akan dikongsi sebelum ia dilancarkan kelak.

DLC seterusnya adalah Pek Ethiopia yang akan dilancarkan pada bulan Julai akan menyertakan 1 peradaban dan 1 ketua baharu. Senarai kandungan untuk setiap DLC yang akan tiba adalah seperti berikut.

Buat masa ini harga untuk pasaran tempatan masih tidak diumumkan, tetapi pas semusim akan dijual dengan harga dalam lingkungan RM170, setiap DLC juga boleh dibeli secara berasingan iaitu DLC dengan 2 peradaban dijual dengan harga RM40 dan satu dengan harga RM21.

Civilization VI sudah dikeluarkan sejak tahun 2016 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk peranti iOS dan iPad OS.

Sohor Kini