Jika Malaysia Book of Records sebelum ini telah menganugerahkan dua rekod kepada atlit esukan iaitu untuk BiuBiu sebagai atlit esukan dengan jumlah tontonan video esukan tertinggi di Youtube, dan Soloz sebagai atlit esukan dengan pengikut paling ramai di Facebook kini giliran Dr Weng Kean Yew atau nama di dalam permainan beliau Wkyew pula.

Beliau menerima rekod sebagai ‘Atlit Pertama yang Memenangi Pingat Emas untuk Kejohanan Esukan di Sukan Asia Tenggara’. Perkara tersebut diumumkan melalui laman Facebook Malaysia Book of Records.

Wkyew di temasya Sukan Asia Tenggara yang berlangsung di Filipina pada tahun lepas memenangi pingat emas untuk permainan Hearthstone. Satu lagi pingat untuk pasukan Malaysia adalah gangsa melalui permainan Mobile Legends.

Sohor Kini