Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Dota 2 Singapore Major Oleh ONE ESports Dan PGL Dibatalkan

Kejohanan Dota 2 Singapore Major Oleh ONE ESports Dan PGL Dibatalkan

Diterbitkan pada Mei 11, 2020 oleh .

Tahun lepas, ONE Esports mengumumkan yang mana kejohanan Dota 2 Singapore Major dengan kerjasama PGL yang akan diadakan pada bulan Jun ini dan terkini, atas sebab wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular, ONE Esports mengumumkan yang mana kejohanan tersebut kini dibatalkan.

Semestinya pengumuman ini adalah selari dengan pengumuman tempoh kawalan pergerakan yang berlangsung di Singapura sehingga 30 Jun ini di mana kerajaan Singapura mengehadkan sebarang aktiviti yang mempunyai lebih dari 250 orang.

Selain itu, ONE Esports juga turut menyatakan yang mana kejohanan ONE Esports Mobile Legends: Bang Bang Invitational (MLI) yang akan berlangsung di Jakarta pada Julai ini turut tertunda. Menurut mereka, tarikh baharu buat kejohanan tersebut akan diumumkan kemudian. Pada masa yang sama, pusingan kelayakan secara atas-talian masih lagi akan diteruskan.

Menurut Carlong Alimurung iaitu ketua pegawai eksekutif ONE Esports, mereka semestinya komited untuk membawa kandungan dan kejohanan esukan terbaik untuk permainan Dota 2 dan Mobile Legends. Namun, perubahan ini adalah diperlukan atas sebab keselamatan dan kesihatan bukan sahaja buat pemain malah buat atlit esukan dan peminat.

Sudah semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan dan dengan masalah wabak yang semakin tular ini, kita mungkin akan melihat lebih banyak acara kejohanan tahunan akan dibatalkan seperti kejohanan The International yang mana turut diumumkan mungkin akan ditunda sehingga tahun hadapan.


TIPS & ULASAN