Skip to main content

Tampaknya, Blizzard tidak serik selepas pelancaran yang kurang memberangsangkan dengan permainan pernambah-baikkan Warcraft III: Reforged sebelum ini di mana kini melalui laporan PC Gamer, mereka mungkin akan membawa satu lagi permainan klasik sebagai permainan pernambah-baikkan iaitu permainan Diablo II.

Dengan nama Diablo II: Resurrected, permainan tersebut dilaporkan sedang dibangunkan oleh Vicarious Visions iaitu studio pembangun di bawah Activision yang mana mereka sebelum ini terlibat dengan pembangunan permainan Crash Bandicoot N.Sane Trilogy.

Laporan tersebut juga menyatakan yang mana permainan Diablo II: Resurrected tersebut juga akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini.

Seperti biasa, buat masa ini ianya hanyalah satu ura-ura sahaja dan Blizzard masih belum mengumumkannya secara rasmi. Namun dengan pembangunan siri Diablo yang semakin banyak seperti Diablo IV dan Diablo Immortal bersama-sama dengan siri animasi Diablo, semestinya satu lagi kandungan permainan Diablo adalah satu perkara yang menarik buat mereka yang meminati siri tersebut.

Tambahan itu, dengan acara BlizzCon yang mungkin akan di adakan pada November ini, semestinya ia mungkin akan diumumkan secara rasmi ketika acara tersebut.

Sekali lagi, seperti biasa kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan berkenaannya.

Leave a Reply