Skip to main content

Menurut laporan Venture Beat, di dalam laporang kewangan Electronic Arts yang diperlihatkan minggu lepas, EA berkongsi 14 permainan yang akan dilancarkan di dalam tahun fiskal 2021 di mana tarikh tersebut akan tamat pada 31 Mac 2021 ini.

Semestinya di dalam 14 permainan yang tersenarai tersebut terdapat beberapa permainan yang telah pun diumumkan sebelum ini yang mana anda boleih senarai penuh di bawah:

  1. Burnout Paradise Remastered di konsol Switch
  2. Command & Conquer Remastered di PC
  3. Medal of Honor VR di Oculus
  4. FIFA 21
  5. Madden NFL 21
  6. NHL 21
  7. Permainan EA Sports yang masih belum diumumkan
  8. Permainan pernambah-baikkan HD oleh EA
  9. Permainan rakan kongsi EA
  10. Permainan rakan kongsi EA
  11. Permainan rakan kongsi EA
  12. Permainan rakan kongsi EA
  13. Pelancaran Permua
  14. Pelancaran Permua

Menariknya, berdasarkan laporan Jeff Grubb dari Venture Beat tersebut, permainna pernambah-baikkan HD oleh EA tersebut adalah permainan Mass Effect Trilogy. Sekaligus ianya mungkin akan dilancarkan sekitar tahun ini ataupun sebelum 31 Mac 2021 kelak. Walaupun begitu, Jeff Grubb menyatakan yang mana permainan tersebut mungkin tidak akan tiba di konsol Switch ataupun bukan pada awal pelancarannya.

Selain itu, laporan tersebut menyatakan beberapa permainan lain seperti permainan dari pembangun Unravel dan A Way Out iaitu studio pembangun permainan Coldwood Interactive dan Hazelight Studios. Selain itu, EA juga mungkin akan melancarkan permainan NBA Live, di mana ianya salah satu permainan yang tersenarai di atas termasuklah beberapa permainan lain di konsol Switch dan sebagainya.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Mass Effect, ianya adalah permainan RPG oleh Bioware yang mula dilancarkan pada 2007 lepas dengan permainan pertama diikuti dengan permainan Mass Effect 2 dan Mass Effect 3 pada 2010 dan 2012. Kemudian pada Disember 2012, EA melancarkan pek khas Mass Effect Trilogy yang menyertakan ketiga-tiga permainan tersebut.

Semestinya ini hanyalah satu laporan dan ura-ura sahaja di mana EA masih belum mengumumkan secara rasmi berkenaan permainan Mass Effect mahupun permainan lain yang tersenarai.

Namun dengan permainan Mass Effect Andromeda yang mendapat kritikan ramai pemain sejak ia dilancarkan sebelum ini bersama dengan permainan Bioware terkini iaitu Anthem mendapat sambutan yang kurang baik, semestinya pelancaran permainan pernambah-baikkan untuk siri Mass Effect adalah satu pilihan yang baik oleh EA.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman berkenaannya.

Leave a Reply