Semestinya ketika acara Inside Xbox minggu lepas, ramai peminat agak kecewa dengan bentuk permainna Assassin’s Creed Valhalla yang dijanjikan akan dipertayangkan di mana ia hanya memaparkan satu video acah pendek yang hanya memfokuskan bentuk visual di dalam permainan sahaja.

Terkini, Ashraf Ismail iaitu pengarah kreatif permainan tersebut menyatakan yang mana mereka akan kongsikan video bentuk permainan yang lebih terperinci kelak.

Menurut kenyataan Ashraf Ismail di Twitter, terdapat pelbagai lagi kempen pemasaran buat permainan Assassin’s Creed Valhalla pada masa akan datang di mana mereka pasti akan kongsikan bentuk permainan dengan lebih terperinci dan pelbagai lagi informasi lanjut berkenaannya kelak.

Selain itu, melalui temu bual bersama Ashraf Ismail di laman Press Start Australia, beliau juga mengesahkan yang mana permainan Assassin’s Creed Valhalla tidak akan menyertakan kandungan yang terlampau besar dan berulangan seperti Assassin’s Creed Odyssey. Melalui permainan Assassin’s Creed terkini tersebut, pemain akan diberi pilihan sama ada mereka ingin memfokuskan penceritaan ataupun membesarkan perkampungan dan segala had peringkat watak seperti permainan sebelum tidak akan disertakan.

Selain itu, melalui laman rasmi Ubisoft, permainan tersebut bagi versi PC sudah boleh dipra-tempah yang mana ianya akan dijual dengan harga bermula RM209.

Seperti biasa, Ubisoft juga akan menawarkan dua edisi tambahan iaitu edisi Gold yang akan sertakan pas musim dan juga edisi Ultimate yang akan sertakan pelbagai kandungan dan senjata tambahan.

Bagi pengumpul di luar sana, edisi Collector’s Edition juga diumumkan yang mana ia akan menyertakan kandungan edisi Ultimate bersama pas musim dan pelbagai lagi barangan tambahan lain seperti figura khas watak Eivor versi wanita.

Assassin’s Creed Valhalla akan tiba di konsol PlayStation 4, Xbox One PC dan Stadia bersama-sama di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X menjelang penghujung tahun ini.

Sohor Kini