Skip to main content

Minggu lepas ketika acara Inside Xbox, Bandai Namco mengumumkan satu permainan aksi RPG baharu iaitu Scarlet Nexus yang mana ia diumumkan akan tiba di konsol Xbox One dan Xbox Series X.

Terkini, Bandai Namco mengesahkan yang mana permainan ini turut akan dilancarkan di konsol PlayStation 5 bersama-sama di konsol generasi kini lain seperti PlayStation 4 dan juga di PC melalui Steam.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Scarlet Nexus meletakkan pemain di dalam dunia masa hadapan di mana terdapat hormon psionik yang ditemui di dalam otak manusia yang berupaya untuk mengubah dunia dengan kemahiran manusia yang ditingkat. Untuk bertempur dengan “Mutant” gila yang dikenali sebagai Others, pemain perlu bertempur dengan pelbagai jenis kemahiran dan bentuk perlawan sebagai pasukan Other Supression Force, yang mana pemain akan bermain sebagai Yuito Sumeragi, iaitu seorang watak yang mempunyai kuasa Psiko-kinesis di bandaraya New Himuka.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga turut berkongsi beberapa paparan skrin permainan yang anda boleh melihatnya di bawah.

Menurut kenyataan rasmi Bandai Namco, permainan ini dibangunkan oleh beberapa pembangun daripada siri Tales Of, termasuklah Tales Of Vesperia. Menurut Keita Iizuka, dengan kuasa konsol generasi seterusnya, permainan ini juga akan menyertakan bentuk pertempuran beraksi yang sangat pantas dengan prestasi resolusi dan kadar bingkai sesaat yang tinggi.

Selain itu, Hervé Hoerdt iaitu presiden pemasaran dari Bandai Namco, menyatakan yang mana Scarlet Nexus adalah satu permainan yang akan membuat pemain menukarkan pandangan pemain terhadap permainan RPG dari Jepun di mana dengan pembangunan khas di konsol generasi seterusnya, permainan ini pasti akan membawa kelainan dan pembaharuan buat genre tersebut.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan secara rasmi dan kami pasti akan mengemaskini segala pengumuman berkenaannya setelah ia diumumkan.

Leave a Reply