Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Yoodo Stay At Home Cup Bakal Diumumkan Bakal Bermula Minggu Ini

Kejohanan Yoodo Stay At Home Cup Bakal Diumumkan Bakal Bermula Minggu Ini

Diterbitkan pada Mei 11, 2020 oleh .

Bagi menggalakkan pemain untuk duduk di rumah, Yoodo kini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara kejohanan khas secara atas-talian iaitu Yoodo Stay At Home Cup yang bakal berlangsung minggu ini dan juga penghujung bulan ini untuk empat kejohanan permainan mudah alih terkenal, di mana dua daripadanya adalah Mobile Legends Bang Bang dan PUBG Mobile. Manakala lagi dua kejohanan akan diumumkan kemudian.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM3,600, dua kejohanan atas-talian tersebut akan dibawakan khas oleh Yoodo dan dianjurkan dengan kolaborasi bersama ESL Gaming.

Menurut Chow Tuck Mean iaitu ketua Yoodo, beliau menyatakan yang mana kejohanan ini akan memberi peluang kepada pemain-pemain kasual untuk sertai kejohanan di rumah dan pada masa yang sama membawa merapatkan pemain-pemain melaluinya.

Menurut Yoodo, kejohanan tersebut akan berlangsung bermula 13 dan 14 Mei ini untuk pusingan kelayakan bagi PUBG Mobile di mana pusingan akhir akan berlangsung pada 15 Mei ini dengan 5 pertarungan terbaik untuk memilih juara.

Bagi permainan PUBG Mobile, juara akan membawa pulang wang hadiah sebanyak RM500 dan RM200 kredit Yoodo, dan tempat kedua akan menerima RM120 kredit Yoodo dan tempat ketiga RM80 kredit Yoodo.

Bagi permainan Mobile Legends Bang Bang pula, kejohanan ini akan diadakan pada 29 Mei ini yang mana ia akan menyediakan wang hadiah untuk juara sebanyak RM500, RM250 kredit Yoodo bersama 8,000 Diamonds buat permainan tersebut.

Semestinya Yoodo baru-baru ini tampaknya memberi sokongan yang sangat padu buat industri esukan di mana sebelum ini mereka juga mengumumkan kejohanan Yoodo FV Major yang memfokuskan permainan perlawanan seperti Street Fighter V dan Tekken 7.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut berkenaan kejohanan Yoodo Stay At Home Cup dan membuat pendaftaran, anda boleh ke pautan di bawah.

Layari: Yoodo Stay At Home Cup


TIPS & ULASAN