Minggu ini, Microsoft mengumumkan yang mana akan melancarkan beberapa permainan baharu di langganan Xbox Game Pass di konsol dan juga di PC.

Antara permainan yang tersenarai adalah permainan-permainan yang kami kongsikan sebelum ini seperti Red Dead Redemption 2 dan DayZ yang mana kini sudah pun boleh dimainkan di langganan tersebut. Selain itu permainan yang baru sahaja dilancarkan seperti Streets Of Rage 4 dan Moving Out juga turut boleh dimainkan di Xbox Game Pass di konsol Xbox One.
Microsoft turut mengumumkan yang mana permainan Final Fantasy IX juga turut akan tiba pada 14 Mei 2020 ini diikuti dengan permainan Fractured Minds pada 19 Mei 2020 ini.
Akan tetapi, minggu ini Microsoft juga mengumumkan beberapa permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass menjelang 15 Mei ini iaitu Black Desert, DOOM, LEGO Ninja Go Movie Video Game, Mega Man Legacy Collection 2, Metal Gear Survive, The Banner Saga dan Wolfenstein II: The New Colossus.

Bagi langganan Xbox Game Pass di PC, Microsoft juga mengumumkan yang mana permainan Endless Legends, Halo Master Chief Collection: Halo 2 dan juga Final Fantasy IX turut akan tiba di langganan tersebut.
Bagi langganan di PC, beberapa permainan seperti Imperator: Rome, Rise Of The Tomb Raider, The Banner Saga, Wes Of Loathing dan Wolfenstein II: The New Colossus juga akan meninggalkan langganan tersebut menjelang 15 Mei ini.
Langganan Xbox Game Pass semestinya menjadi semakin berbaloi yang mana ianya menyediakan lebih dari 100 permainan dari pelbagai penerbit yang anda boleh mainkan dengan hanya harga langganan serendah $9.99(~RM43) sebulan sahaja. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan tersebut bersama Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass di PC melalui Xbox Game Pass Ultimate yang berharga $14.99(~RM65) sebulan.