Selepas kekecewaan oleh Ubisoft berkenaan video acah bentuk permainan Assassin’s Creed Valhalla minggu lepas, semestinya ramai mempertikaikan sama ada Ubisoft mengetahui ataupun tidak berkenaan apa itu video acah bentuk permainan.

Meskipun begitu, terkini tampaknya kita dihidangkan dengan satu video acah yang tertiris, yang memfokuskan salah satu siri yang sangat terkenal oleh Ubisoft sebelum Assassin’s Creed iaitu Prince Of Persia.

Melalui video tersebut, asalnya ia dimuat-naik pada tahun 2012 lepas di mana sebelum ini ia tidak langsung diberi perhatian dan kini setelah 8 tahun kemudian, ia mendapat semula perhatian ramai.

Dengan nama Prince Of Persia Redemption, permainan tersebut semestinya kelihatan mempunyai visual dan bentuk permainan untuk konsol generasi lepas iaitu PlayStation 3 dan Xbox 360. Namun menariknya dari segi pengembaraan dan penerokaannya ia, permainan tersebut kelihatan mempunyai ruangan bergerak yang sangat luas dan keupayaan watak untuk memanjat pelbagai jenis bangunan seperti siri Prince Of Persia sebalum ini.

Semestinya ini hanyalah satu video yang tertiris sahaja dan ianya tidak dilancarkan mahupun diumumkan secara rasmi. Akan tetapi, video tersebut semestinya kelihatan sangat menarik dan kami di Aksiz juga berasa sekarang adalah masa yang sangat baik untuk membawa kembali siri Prince Of Persia.

Walaubagaimana pun, memandangkan ini hanyalah satu video bentuk permainan yang tertiris kami percaya ianya pasti akan dipadamkan kelak. Sekaligus bagi anda yang masih belum menontonnya, anda boleh tonton di atas sebelum ia hilang di dunia alam maya ini.

Sohor Kini