Minggu lepas, ketika acara Inside Xbox, Paradox Interactive dan Hardsuits Labs mengumumkan bahawa permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 akan dilancarkan di konsol Xbox Series X. Terkini, mereka akhirnya mengesahkan bahawa permainan tersebut turut akan dilancarkan di konsol PlayStation 5.

https://www.youtube.com/watch?v=j6dTGZ11v7U

Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 merupakan permainan yang memfokuskan pemain untuk bermain sebagai puntianak dan ianya menyertakan pelbagai jenis puak yang anda boleh baca melalui pautan ini.

Selain daripada pelancaran di konsol generasi seterusnya, Hardsuits Labs juga sebelum ini mengesahkan permainan ini turut akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One dan PC sekitar tahun ini.

Sohor Kini