Ahli Silap Mata Roy Horn Meninggal Dunia Kerana Covid-19

Jika anda membesar di dalam dekad 80an atau awal 90an, anda pasti pernah menonton rancangan silap mata khas Siegfried dan Roy terutamanya di pagi Hari Raya. Pasangan ahli silap mata Siegfried Fischbacher dan Roy Horn ini cukup terkenal kerana menggunakan harimau serta singa di dalam persembahan mereka. Pagi ini Roy Horn telah meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat komplikasi Covid-19.

Siegfried dan Roy mula mengukir nama di dalam dunia silap mata selepas melakukan persembahan di Las Vegas secara eksklusif di Mirage Casino selama lebih 13 tahun. Pada tahun 2003 Horn diserang oleh seekor singa ketika di atas pentas menyebabkan beliau terpaksa bersara. Pasangan Siegfried dan Roy hanya mengumumkan persaraan secara rasmi pada tahun 2010.

Awal April lalu Horn mengesahkan beliau dijangkiti virus Covid-19 dan sedang menerima rawatan. Keadaan beliau walau bagaimanapun menjadi semakin buruk awal bulan ini dan beliau menghembuskan nafas terakhir di Mountain View Hospital pagi ini.

Sohor Kini