Informasi Permainan Video Terkini
Pada Bulan April, Pemain-Pemain Telah Menghabiskan 3.2 Bilion Jam Bermain Fortnite

Pada Bulan April, Pemain-Pemain Telah Menghabiskan 3.2 Bilion Jam Bermain Fortnite

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Epic Games minggu ini mengumumkan yang permainan pertempuran royale mereka Fortnite telah mempunyai 350 juta pemain berdaftar dan pemain telah menghabiskan 3.2 bilion jam bermain permainan tersebut pada bulan April sahaja.

Walaupun mereka tidak mengumumkan berapa jumlah pemain aktif, akan tetapi mereka tidak mempunyai masalah untuk mencapai 10 juta pemain serentak pada sesuatu masa, terutama semasa acara. Manakala untuk 3.2 bilion jam dalam masa sebulan sahaja adalah satu jumlah yang sangat tinggi.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, mereka juga akan melakukan konsert digital yang menyertakan Dillon Francis, Steve Aoki, dan deadmau5. Anda boleh menontonnya pada 9 pagi esok dengan memasuki Fortnite sebelum 10 pagi.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga peranti iOS serta Android.


TIPS & ULASAN