Skip to main content

Salah satu permainan yang dinantikan oleh saya sendiri yang bakal tiba di konsol Switch secara percuma iaitu Ninjala, kini disahkan tertunda. Asalnya permainan tersebut bakal tiba penghujung bulan ini, kini ianya ditukarkan kepada tarikh baharu iaitu 25 Jun 2020 ini.

Menurut Gungho Online Entertainment, penundaan tersebut adalah disebabkan wabak koronavirus yang mana ianya memberi kesan terhadap pembangunan permainan tersebut. Semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan memandangkan kesan wabak tersebut menyebabkan ramai pembangun bekerja dari rumah dan hubungan yang menjadi terhad, membuatkan pembangunan menjadi lebih sukar.

Ninjala merupakan permainan multi-pemain yang dibangunkan khas di konsol Switch secara percuma. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan ini.

Leave a Reply