Ketika acara Inside Xbox, Microsoft telah memperlihatkan logo-logo penerbit yang akan mengeluarkan permainan untuk konsol generasi baharu mereka Xbox Series X.

Antara logo yang diperlihatkan adalah Bungie, akan tetapi tiada video acah yang dikongsi semasa acara tersebut. Sebaliknya, Bungie mengumumkan melalui Twitter yang Destiny 2 akan dikeluarkan untuk Xbox Series X dan juga PlayStation 5.

Jadi untuk sekurang-kurangnya setahun selepas pelancaran konsol generasi baharu, kita boleh katakan tidak akan menerima permainan seterusnya untuk Destiny, sebaliknya Destiny 2 akan terus menjadi permainan utama mereka.

Destiny 2 sebelum ini mengambil masa 3 tahun selepas pengeluaran Destiny. Pemain tampaknya perlu menunggu lebih lama untuk Destiny 3.

Sohor Kini