Setelah pengumuman berkenaan pembatalan acara Paris Games Week semalam, hari ini pula adalah giliran Tokyo Game Show 2020 di mana hari ini Computer Entertainmet Supplier’s Association (CESA) mengumumkan secara rasmi acara tersebut kini dibatalkan.

Seperti acara-acara lain, pembatalan acara tersebut adalah sebab risiko wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular, sekaligus mereka mengambil keputusan untuk membatal acara tersebut untuk keselamatan penganjur dan pengunjung. Asalnya acara tersebut dirancang untuk diadakan pada 24 sehingga 27 September ini di Makuhari Messe, Tokyo.

Bersempena dengan pengumuman ini, CESA juga menyatakan bahawa mereka akan menggantikan acara tersebut dengan acara digital secara atas-talian yang mana informasi lanjut berkenaannya akan diumumkan sekitar penghujung bulan ini.

Sohor Kini