Skip to main content

Pada Ogos tahun lepas, V1 Interactive dan Private Division telah mengumumkan permainan pertama oleh mereka iaitu Disintegration iaitu permainan aksi strategi di mana sebagai juruterbang anda akan mengawal Gravcycle dan pada masa sama memberikan arahan kepada pasukan yang berada di darat.

Hari ini, mereka berkongsi satu video acah baharu yang memfokuskan kepada penceritaan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Pemain akan menjadi seorang watak bernama Romer Shoal yang merupakan seorang pejuang melawan Black Shuck yang cuba memusnahkan tamadun manusia.

Mereka juga akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran iaitu pada 16 Jun 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply