Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh Bandai Namco dan Arc System Works, mereka kini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk watak DLC bagi musim ketiga iaitu Ultra Instinct Goku buat permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.
Menurut Bandai Namco, watak tersebut akan dilancarkan pada 22 Mei 2020 ini dan ianya adalah watak kedua untuk musim ketiga bagi permainan ini yang mana watak pertama iaitu Kefla telah pun dilancarkan sebelum ini.
Ultra Instinct Goku merupakan peringkat seterusnya oleh Goku yang mana juga diperkenalkan di dalam siri Dragon Ball Super. Melalui DLC ini, pemain kini berupaya untuk bertempur dengan menggunakan peringkat Goku tersebut dan melakukan pelbagai jenis serangan tanpa had yang sangat berkuasa sekali bagi watak Goku.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball.
Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Kami juga telah pun membuat ulasan penuh buat permainan ini di bawah.