Tampaknya pengumuman berkenaan pembatalan acara permainan video sudah menjadi seakan satu siaran ulangan di mana hari ini, Paris Games Week 2020 disahkan batal atas sebab wabak koranavirus.

Semestinya ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan di mana sebelum ini terdapat pelbagai acara yang dibatalkan atas sebab yang sama seperti acara E3 dan juga Gamescom. Walaupun di dalam kenyataan mereka tidak menyatakan berkenaan wabak tersebut, namun berdasarkan masalah teknikal dan logistik yang dinyatakan, kami percaya ianya berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin tular ini.

Paris Games Week merupakan acara tahunan yang asalnya ia dirancang untuk diadakan apda 23 hingga 27 Oktober ini di mana menurut SELL (Syndicat des Editeurs de Logiciels de Loisirs) pengajur acara tersebut ianya adalah acara ulang tahun ke-10 buat keseluruhan Paris Games Week.

Semestinya ini merupakan perkara yang agak mengecewakan namun menurut pengajur, mereka sekarang ini sedang membuat persediaan untuk acara tahun hadapan dan akan bekerjasama bersama industri untuk meneruskan semangat permainan video di kalangan pemain.

Sohor Kini