Informasi Permainan Video Terkini
Segala Pengumuman Lain Ketika Acara Inside Xbox Pada Bulan Mei
PC

Segala Pengumuman Lain Ketika Acara Inside Xbox Pada Bulan Mei

Diterbitkan pada Mei 8, 2020 oleh .

Malam tadi, Microsoft mengadakan acara penstriman khas Inside Xbox yang mana mereka mengumumkan beberapa permainan baharu dan kemaskini berkenaan beberapa permainan-permainan daripada pihak ketiga seperti dari Ubisoft, SEGA dan sebagainya.

Menurut Microsoft, buat masa ini, mereka masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan permainan pihak pertama daripada Xbox Games Studios dan segala pengumuman berkenaannya akan tiba pada bulan Julai ini.

Selain itu, Microsoft juga mengesahkan terdapat pelbagai lagi pembangun yang terlibat untuk pembangun permainan di konsol Xbox Series X yang mereka senaraikan di imej di atas yang mana anda boleh lihat beberapa syarikat pembangun besar seperti Capcom, Bethesda, THQ Nordic, Team17 dan sebagainya.

Antara permainan yang diumumkan ketika acara Inside Xbox malam tadi adalah bentuk permainan Assassin’s Creed Valhalla, Dirt 5, The Medium, Nexus Scarlet, Second Extintion dan juga Bright Memory Infinite. Manakala berikut adalah segala pengumuman lain yang diumumkan pada acara yang sama.

Scorn

Ketika acara penstriman tersebut, Ebb Software mengumumkan permainan Scorn di mana ianya adalah permainan seram yang dibangunkan khas di konsol Xbox Series X. Namun ianya turut akan hadir di PC melalui Steam.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan namun ianya akan memfokuskan bentuk permainan secara immersif di mana setiap pergerakan badan watak pemain akan memainkan peranan besar dan pada masa yang sama bentuk penyimpanan barang juga akan memberi kesan terhadap gaya permainan oleh pemain.

Chorus

Chorus pula adalah permainan seterusnya oleh Deep Silver dan Fishlabs di mana ia adalah permainan pengembaraan angkasa yang memfokuskan pemain untuk menggunakan kapal angkasa. Dengan bentuk penceritaan soo yang mendalam, pemain akan ebrmain sebagai Nara dan watak peneman kecerdasan buatan Forsaken di dalam pengembaraan sains fiksyen permainan ini.

Chorus diumumkan akan tiba di konsol Xbox One dan Xbox Series X ketika persidangan tersebut, namun berdasarkannya kenyataan rasmi Deep Silver, permainan ini juga turut akan tiba di konsol PlayStation 4, PlayStation 5 dan semestinya di PC melalui Steam sekitar tahun hadapan.

Madden NFL 21

Selain itu, Electronic Arts (EA) turut mengumumkan permainan Madden NFL 21 turut akan dilancarkan di konsol Xbox Series X yang mana ianya sebelum ini telah pun disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Xbox One.

Permainan sukan bola sepak Amerika ini akan menyokong pembelian antara dua konsol iaitu jika pemain membeli permainan ini di konsol Xbox One sebelum 31 Disember 2020, versi Xbox Series X akan disertakan secara percuma pada 31 Mac 2021 ini.

Vampire: The Masquerade Bloodlines 2

Selain itu, Hardsuits Labs juga mengumumkan yang mana permainan Vampire: The Masquerade Bloodlines 2 turut akan tiba di konsol Xbox Series X yang mana sebelum ini permainan ini juga disahkan akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, PC dan semestinya Xbox One.

Melalui video acah baharu yang diperlihatkan malam tadi, semestinya permainan ini memperlihatkan visual yang sangat menyeram. Bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh ke pautan ini.

Call Of The Sea

Call Of The Sea merupakan permainan yang dibangunkan oleh Out Of The Blue dan diterbitkan oleh Raw Fury di mana ianya adalah satu permainan pengembaraan yang bakal tiba penghujung tahun ini di konsol Xbox One, Xbox Series X dan PC melalui Steam.

Permainan ini bertempatkan di tahun 1934 di mana pemain perlu mengikuti jejak langkah suami Norah yang hilang di satu pulau misteri. Menariknya, watak Norah dilakonkan oleh Cissy Jones di mana beliau adalah sangat terkenal sebagai suara latar buat watak Delilah dari Firewatch dan Fury dari Darksiders III.

The Ascent

The Ascent adalah permainan penembak isometrik yang mana ia diumumkan bakal tiba sekitar tahun ini di konsol Xbox Series X, Xbox One dan di PC melalui Steam.

Permainan ini dibangunkan oleh Neon Giant dan diterbitkan oleh Curve Digital di mana ianya bertemakan dunia “Cyberpunk” dan ia boleh dimainkan secara solo ataupun secara koperasi. Dengan bentuk pengubah-suaian watak dengan pelbagai jenis kelengkapan dan senjata, permainan ini akan menyertakan pelbagai kandungan “Loot” yang pemain boleh dapatkan sepanjang pengembaraan permainan ini.

Yakuza: Like A Dragon

Juga ketika acara Inside Xbox, SEGA juga tidak melepaskan peluang untuk mengumumkan permainan Yakuza seterusnya iaitu Yakuza Like A Dragon akan turut tiba di konsol Xbox Series X, Xbox One dan juga PC melalui Microsoft Store dan Steam.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di PlayStation 4 buat pasaran Jepun dan versi global disahkan akan tiba sekitar tahun ini yang mana dengan pengumuman ini, kelihatan siri Yakuza kini tidak lagi menjadi eksklusif masa untuk konsol PlayStation.

Yakuza Like A Dragon ataupun Yakuza 7 merupakan permainan seterusnya untuk siri Yakuza yang menyertakan beberapa perubahan permainan terutamanya bentuk pertempurannya yang kini ia memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan. Informasi lanjut berkenaannya anda boleh bacanya di artikel ini.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan penstriman tersebut, anda boleh menontonnya di video di bawah.


TIPS & ULASAN