Setelah mengacahkan beberapa bulan lepas, Systemic Reaction hari ini akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan Second Extintion ketika acara penstriman Inside Xbox yang berlangsung malam tadi.

Menurut pembangun, permainan ini akan dilancarkan di konsol Xbox One, Xbox Series dan juga di PC di mana buat masa ini tiada lagi tarikh pelancaran yang diumumkan. Namun bermula suku ketiga tahun ini, mereka akan mengadakan sesi beta tertutup yang mana ianya boleh didaftar secara percuma melalui pautan rasmi ini.

Second Extinction merupakan permainan penembak multi-pemain koperasi yang memfokuskan bentuk permainan secara 3 pemain sepasukan di mana pemain perlu bekerjasama untuk bertempur dinosaur yang bermutasi.

Dari jenis dinosaur kecil seperti Raptors sehingga T-Rex, permainan ini akan memfokuskan bentuk penembak dengan pelbagai jenis senjata dan kemahiran yang pemain gunakan untuk tumpaskan musuh-musuh tersebut dan pada masa yang sama mempertahankan diri daripada dibaham dinosaur tersebut.

Menurut Tobias Andersson, sebagai satu permainan atas-talian, mereka merancang untuk menerus sokong permainan ini dengan pelbagai kandungan kelak dalam jangka masa yang panjang dan beliau tidak sabar untuk lihat pemain bekerjasama dan menumpaskan dinosaur di dalam permainan ini.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan termasuklah perancangan kandungan dan pelbagai lagi bentuk permainan yang dijanjikan oleh pembangun di mana mereka akan umumkan kemudian.

Sohor Kini