Skip to main content

Nintendo melalui laporan kewangan mereka untuk suku terakhir bagi tahun fiskal 2019-2020 telah mengumumkan yang konsol Switch telah terjual sebanyak 55.77 juta unit setakat 31 Mac 2020.

Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 3.29 juta unit berbanding jumlah jualan setakat 31 Disember 2019. Daripada jumlah tersebut, 49.57 juta unit adalah untuk Switch dan 6.19 juta unit untuk Switch Lite.

Berikut adalah jumlah penjualan Switch sepanjang tahun fiskal ini, mengikut suku;

  • Suku pertama (April – Jun 2019): 2.13 juta unit
  • Suku kedua (Julai – September 2019): 4.8 juta unit
  • Suku ketiga (Oktober – Disember 2019): 10.81 juta unit
  • Suku keempat (Januari – Mac 2020): 3.29 juta unit

Menjadikan jumlah penjualan untuk konsol Nintendo Switch adalah 21.03 juta unit untuk tahun fiskal 2019-2020 mengatasi anggaran mereka iaitu sebanyak 18 juta unit. Ini sudah semestinya dibantu oleh pengeluaran Switch Lite dan juga pengeluaran Pokemon Sword & Shield serta Animal Crossing New Horizons yang terjual sebanyak 11 juta unit dalam masa 11 hari.

Bagi tahun fiskal baharu, Nintendo menjangkakan mereka akan menjual 19 juta unit konsol Switch, lebih rendah berbanding jumlah untuk tahun fiskal sebelum ini, akan tetapi oleh kerana buat masa ini mereka tidak mempunyai permainan besar untuk memacu jualan konsol tersebut, ia mungkin satu jangkaan yang realistik.

Leave a Reply