Nintendo akhirnya mengeluarkan laporan kewangan mereka untuk suku terakhir bagi tahun fiskal 2019-2020. Bersama dengan pengumuman tersebut, mereka juga mengemaskini senarai 10 permainan pihak pertama paling laris untuk Switch setakat 31 Mac 2020.

Daripada senarai tersebut, Animal Crossing: New Horizons telah berada di tempat ke-7 paling laris dengan jumlah jualan sebanyak 11.7 juta unit. Dengan tarikh pelancaran pada 20 Mac, permainan ini mengambil masa hanya 11 hari sahaja untuk mencapai jumlah tersebut.

Kami juga pasti yang jumlah ini adalah lebih tinggi jika mengambil kira jumlah jualan terkini, di mana Nintendo mengatakan Animal Crossing: New Horizons telah terjual sebanyak 13.41 juta unit selepas 6 minggu.

Rekod tersebut mengatasi Pokemon Sword & Shield yang terjual sebanyak 6 juta unit selepas seminggu. Namun, Pokemon Sword & Shield yang dikeluarkan sejak tahun lepas masih berada di tempat ke-5 terlaris dengan jumlah jualan 17.37 juta unit, iaitu peningkatan sebanyak 1.31 juta unit berbanding Disember lepas.

Ini merupakan satu kejayaan yang sudah dijangka daripada judul yang dinanti-nanti ramai. Kami cuba sebelum ini telah mengeluarkan ulasan untuknya, anda boleh baca di pautan ini; Ulasan Animal Crossing: New Horizons – Permainan Terbaik Untuk Dimainkan Ketika Berkurung Di Rumah.

Sohor Kini