Seperti yang diumumkan sebelum ini, Naughty Dog dan SIE akhirnya berkongsi video acah baharu untuk The Last of Us Part II. Di mana anda boleh tontonnya di bawah.

Di dalam video tersebut, diperlihatkan perhubungan antara Joel dan Ellie, daripada permainan pertama sehinggalah kepada permainan ini. Berdasarkan penceritaan yang dikongsi, ada satu kumpulan yang menyerang Jackson iaitu tempat Ellie dan mungkin Joel berada, bersama juga dengan abangnya Tommy.

Ellie bertekad untuk membalas dendam terhadap kumpulan tersebut tanpa menyedari kesan yang diberikan kepada dirinya secara fizikal dan juga emosi.

The Last of Us Part II akan dikeluarkan pada 19 Jun 2020 secara eksklusif untuk PlayStation 4.

Sohor Kini