NetherRealm dan Warner Bros hari ini akhirnya memperlihatkan secara rasmi penambahan terbaru untuk permainan perlawanan mereka Mortal Kombat 11 iaitu Mortal Kombat 11: Aftermath.

Anda boleh tonton sendiri video pengumuman tersebut di bawah.

Melalui penambahan ini, ia akan menyertakan penceritaan baharu, iaitu kesinambungan daripada penceritaan asal. Tiga watak baharu iaitu Fujin, Sheeva dan juga RoboCop, buat pertama kalinya menyertai Mortal Kombat 11. Selain itu ia juga menyertakan 3 pek kostum.

Selain itu, mereka juga mengumumkan kemaskini percuma yang akan peringkat dan Fatalities peringkat baharu, bersama dengan Friendship iaitu pergerakan akhir yang lebih “mesra kanak-kanak”.

Buat masa ini, senarai harga untuk penambahan ini masih tidak dikongsi, tetapi anda boleh dapatkannya secara berasingan ataupun melalui Kollection yang akan menyertakan permainan asal, Kombat Pack dan penambahan Aftermath.

Mortal Kombat 11 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Sohor Kini