Pada akhir Februari lepas, Gearbox Software telah mengesahkan yang filem aksi nyata berdasarkan permainan Borderlands akan diterbitkan oleh mereka bersama dengan syarikat produksi Lionsgate dan Arad Productions.
Hari ini, mengikut satu laporan, Lionsgate sedang di dalam perbincangan untuk mendapatkan Cate Blanchett yang memegang watak Hala di dalam Thor: Ragnarok, untuk memegang watak Lilith di dalam filem Borderlands tersebut.
Lilith merupakan satu watak yang penting di dalam siri permainan Borderlands, menjadi antara watak yang boleh digunakan oleh pemain di dalam pertama, wataknya terus hadir untuk permainan-permainan Borderlands seterusnya termasuk juga yang terbaru Borderlands 3.