Sebelum ini, Daedalic Entertainment mengumumkan yang mana mereka sedang membangunkan permainan berdasarkan siri The Lord Of The Rings iaitu memfokuskan watak Gollum buat konsol dan PC.
Terkini, setelah lebih setahun kita tidak mempunyai sebarang berita berkenaannya, Daedalic Entertainment hari ini akhirnya berkongsi beberapa paparan skrin permainan tersebut.
Seperti yang anda lihat di galeri di atas, permainan ini semestinya kelihatan memfokuskan watak Gollum dan kelihatan permainan ini juga akan memfokuskan bentuk pemilihan dialog.
Tidak banyak informasi yang dikongsikan selain paparan skrin di atas termasuklah platform permainan di mana ianya sebelum ini disahkan akan tiba di konsol PlayStation 5, Xbox Series X dan PC sekitar tahun hadapan.