Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Skydance Interactive sebelum ini, permainan reliati-maya The Walking Dead: Saints & Sinners kini akhirnya tiba di PlayStation VR melalui PlayStation 4.

Namun buat masa ini, ianya hanyalah terhad di pasaran Amerika Syarikat sahaja di mana ia dijual melalui PSN Store dengan harga $39.99(~RM173).

The Walking Dead: Saint & Sinners memfokuskan lokasi kawasan bandar New Orleans dan pemain perlu mengembara di kawasan tersebut dengan meneruskan hidup dengan bertempur dengan zombi-zombi. Menariknya, berdasar tajuk permainan tersebut, iaitu Saint (Wali) atau Sinner (Pendosa), pemain berupaya untuk membuat pilihan yang baik ataupun buruk untuk meneruskan hidup dan menggerakkan penceritaan permainan.

Sebelum ini, Skydance Interactive juga berkongsi beberapa aspek bentuk permainan yang mana ia akan memfokuskan sebilangan bentuk stamina dan senjata yang di boleh ubahsuai.

The Walking Dead: Saints & Sinners telah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan Oculus.

Leave a Reply