Informasi Permainan Video Terkini
Skater XL Akan Dikeluarkan Pada 7 Julai Untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC

Skater XL Akan Dikeluarkan Pada 7 Julai Untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC

Diterbitkan pada Mei 6, 2020 oleh .

Easy Day Studio sebelum ini telah berkongsi video acah untuk permainan simulasi papan luncur Skater XL, mereka juga mengatakan yang ia akan tiba sekitar bulan Julai. Hari ini, mereka mengumumkan tarikh untuknya iaitu pada 7 Julai tahun ini.

Mereka juga berkongsi video acah baharu untuk permainan tersebut yang memfokuskan kepada jenama serta pakaian yang boleh digunakan oleh pemain di dalam permainan ini. Video tersebut kami sertakan di bawah.

Berikut adalah antara jenama yang akan disertakan di dalam permainan ini; New Balance, Etnies, DC Shoes, Vans, Venture dan Emerica. Manakala untuk atlit papan luncur pula, Tiago Lemos, Evan Smith, Tom Asta dan Brandon Westgate boleh digunakan oleh pemain bersama dengan mencipta watak sendiri.

Skater XL akan dikeluarkan pada 7 Julai 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.


TIPS & ULASAN