3 Permainan Menarik Untuk Bulan Mei 2020

Dengan kebanyakan negara menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan, ia mungkin memberi lebih masa untuk pemain bermain permainan video, namun, ia secara langsung juga memberi kesan kepada pembangunan dan juga pengedaran permainan video.

Oleh kerana itu, beberapa permainan yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan ini sudah ditunda dan akan tiba pada bulan lain. Permainan terbesar sudah semestinya The Last of Us Part II yang sepatutnya tiba pada akhir bulan ini, tetapi kini akan tiba pada bulan Jun depan.

Namun, masih ada beberapa permainan menarik yang masih dikeluarkan pada bulan ini, dan berikut adalah 3 paling menarik mengikut pilihan kami;

Xenoblade Chronicles Definitive Edition

Permainan pertama untuk siri Xenoblade Chronicles ini sudah dikeluarkan sejak tahun 2010 untuk Wii sebelum turut tiba untuk 3Ds, 5 tahun kemudian. Monolith Soft dan Nintendo kemudiannya mengumumkan versi penambah-baikkan akan dikeluarkan untuk Switch. Secara tersendiri-nya, ia adalah permainan menarik, tetapi dengan versi yang lebih baik ini, ia sudah semestinya akan menjadi lebih menarik tidak kira untuk pemain yang pernah mencuba ataupun tidak. Ia akan dikeluarkan pada 29 Mei ini.

The Wonderful 101 Remastered

Dikeluarkan secara eksklusif untuk Wii U, The Wonderful 101 boleh dikatakan tidak dimainkan oleh jumlah pemain yang sepatutnya. Platinum kemudiannya mengumumkan versi penambah-baikkan, menariknya, ia bukan sahaja untuk konsol terbaru Nintendo tetapi turut juga dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC pada 19 Mei ini. Memberi lebih ramai pemain untuk mencuba permainan aksi pengembaraan yang menarik ini.

Minecraft: Dungeons

Minecraft sejak dikeluarkan hampir 11 tahun yang lepas, terus menjadi permainan paling popular di dunia, dan kini mereka hadir dengan permainan sampingan untuknya yang membawa bentuk permainan berbeza iaitu Minecraft: Dungeons. Ia boleh dikatakan sebagai permainan aksi pengembaraan, seakan Diablo tetapi berdasarkan dunia Minecraft. Akan dikeluarkan pada 26 Mei untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, jika Minecraft tidak menarik untuk anda sebelum ini, mungkin Dungeons lebih boleh diterima.


Di atas adalah 3 permainan menarik yang akan tiba pada bulan ini, selain itu, terdapat beberapa lagi permainan lain yang akan dikeluarkan pada bulan ini, di mana anda boleh melihatnya di bawah. Permainan apa yang paling menarik untuk anda, bagi bulan ini?

Sohor Kini