iPrice Group iaitu laman yang membuat kajian pasaran berdasarkan carian di internet telah mengeluarkan senarai konsol popular yang dicari semasa Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa negara Asia Tenggara.
Data yang diambil adalah berdasarkan lebih 1.5 juta pencarian di laman-laman kedai dalam talian di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Hong Kong untuk tarikh pertengahan Mac sehingga pertengahan April.
Keputusan anda boleh lihat melalui gambar di bawah.
Boleh kita lihat, daripada 7 negara, Nintendo Switch mendahului di 5 negara kecuali Indonesia dan Vietnam di mana PlayStation 4 lebih popular. Di Malaysia, menariknya, PlayStation 3 lebih di cari berbanding Xbox One, dan perkara yang sama turut berlaku di Indonesia dan Filipina.
Data yang dikeluarkan ini adalah berdasarkan carian sahaja yang tidak semestinya menentukan penjualan, namun dengan pengeluaran permainan seperti Animal Crossing, dan pelbagai permainan akan datang untuk PS4, tidak mengejutkan dua konsol tersebut adalah antara yang paling di cari.
Bagaimana dengan anda? Sepanjang PKP ini, konsol mana yang menjadi tarikan?