Setelah melancarkan Halo: Combat Evolved beberapa bulan lepas, Microsoft dan 343 Industries meneruskan pelancaran koleksi permainan Halo: The Master Chief Collection dengan permainan seterusnya iaitu Halo 2: Anniversary di PC melalui Steam dan juga Microsoft Store pada 12 Mei 2020 ini.

Halo 2: Anniversary merupakan sekuel kepada siri permainan Halo yang mana sekali lagi meletakkan pemain untuk bermain sebagai Master Chief di mana versi ini juga akan menyertakan beberapa pernambah-baikkan seperti sokongan resolusi 4k dengan kadar bingkai sesaat sehingga 60FPS.

Selain itu, permainan ini juga turut akan menyertakan bentuk multi-pemain dengan 7 peta baharu daripada Halo 2: Anniversary dan 25 peta daripada permainan asal Halo 2 dengan sokongan sistem kemajuan permainan.

Bagi anda yang berminat untuk dapatkan permainan ini, ianya boleh dibeli di Steam secara berasingan ataupun secara koleksi dengan harga hanya RM65 sahaja. Anda juga boleh dapatkannya di Microsoft Store dengan harga $39.99(~RM173).

Halo 2: Anniversary telah pun dilancarkan di konsol Xbox One beberapa tahun lepas sebagai salah satu koleksi permainan siri Halo. Kini melalui versi PC ini, ianya menyertakan pelbagai pernaik-tarafan yang dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Halo: Reach sehinggalah permainan ini.

Sohor Kini