Team17 dan Heliocentric Studios hari ini mengumumkans atu permainna aksi “Roguelite” baharu akan dilancarkan sekitar suku ketiga tahun ini iaitu Rogue Heroes: Ruins Of Tasos.

Rogue Heroes: Ruins Of Tasos merupakan permainan aksi pengembaraan yang mana pemain perlu bertempur dengan pelbagai jenis musuh dan menyelamat dunia tersebut daripada musuh Titans. Dengan sokongan secara multi-pemain, permainan ini memfokuskan bentuk koperasi sehingga 4 pemain di mana pemain berupaya untuk mengembara bersama dan menaik-taraf watak dengan pelbagai jenis senjata.

Menariknya juga, pemain juga boleh tingkatkan perkampungan dunia permainan ini dengan menaik-taraf bangunan dan pada masa yang sama mempelajari pelbagai jenis kemahiran baharu untuk bertembung dengan pelbagai jenis ketua musuh yang besar.

Semestinya setelah menonton video acah di atas, permainan ini mengingatkan saya sendiri akan permainan The Legend of Zelda: Four Swords Adventures yang mana ianya pasti satu bentuk menarik untuk bermain bersama rakan-rakan anda.

Bagi anda yang berminat, permainan ini dirancang untuk dilancarkan pada suku ketiga tahun ini di konsol Switch dan di PC melalui Steam.

Sohor Kini