Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan Resurgence Adalah Juara Buat Kejohanan Mobile Legends Liga Profesional MY/SG Musim Ke-5

Pasukan Resurgence Adalah Juara Buat Kejohanan Mobile Legends Liga Profesional MY/SG Musim Ke-5

Diterbitkan pada Mei 6, 2020 oleh .

Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang Liga Profesional buat negara Malaysia dan Singapura musim ke-5 akhirnya tamat hujung minggu lepas di mana pasukan Resurgence dari Singapura memperoleh juara selepas menumpaskan pasukan Geek Fam dengan markah 3-1.

Dengan kejayaan tersebut, mereka membawa pulang wang hadiah sebanyak $25,000(~RM107,000) dan menariknya, pemain veteran mereka iaitu Lim “ly4ly4ly4” Yang, Jason ‘Jason’ Koh Wei Hao dan Ho “SynC” Ee Hong menjadi pemain yang pertama memenangi juara dua kali buat kejohanan MPL MY/SG tersebut.

Kejohanan tersebut berlangsung pada hujung minggu lepas di mana semestinya ia memaparkan aksi esukan yang sangat mengagumkan daripada 8 pasukan untuk bergelar juara dan ianya diakhiri dengan kejayaan pasukan Resurgence seperti yang anda lihat di imej di atas.

Kejayaan oleh pasukan Resurgence juga harus dipuji di mana ketika peringkat separuh akhir, mereka jatuh ke kurungan di bawah setelah tumpas di tangan Geek Fam. Namun, setelah naik semula ke pusingan akhir selepas menewaskan Orange Esports Reborn, mereka sekali lagi bertembung dengan Geek Fam dan terus menjuarai kejohanan tersebut.

Menurut Sync dari pasukan Resurgence, semestinya dengan kemenangan kali kedua untuk MPL MY/SG, ianya adalah satu perasaan yang menakjubkan. Menurut beliau lagi, kejohanan ini banyak berkembang dari musim pertama dan terdapat pelbagai pemain yang berbakat. Pada masa yang sama, beliau juga menyatakan Geek Fam adalah satu pesaing yang hebat dan mereka pasti akan membalas semula pada musim akan datang.

Bagi anda yang ingin menonton semula kejohanan tersebut, anda boleh ke laman Facebook Rasmi Mobile Legends untuk melihat maklumat terkini dan pada msa yang sama melihat sebarang pengumuman oleh mereka pada masa akan datang.


TIPS & ULASAN