Monsta hari ini mengumumkan yang mana mereka bekerjasama bersama The Pokémon Company untuk membawa beberapa kandungan bersempena dengan inisiatif untuk duduk di rumah ketika musim kuarantin ini.
Menurut kedua-dua syarikat tersebut, inisiatif ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk duduk di rumah dan pada masa yang sama menikmati kandungan hiburan daripada siri Pokémon.
Antara kandungan yang diumumkan adalah siri animasi Pokémon musim pertama iaitu Indigo League kini boleh ditonton secara percuma melalui Youtube. Melalui saluran rasmi Youtube Pokémon Malaysia, saluran tersebut akan melancarkan dua episod setiap hari dalam tempoh masa terhad.
Bagi anda yang ingin menyaksikan semula bagaimana Pikachu bertemu dengan Ash Ketchum, semestinya musim pertama ini adalah satu tontonan wajib bagi anda dan mengenangkan kembali saat-saat awal kita menemui dan bermain permainan Pokémon.
Kandungan kedua pula adalah set lukisan mewarna buat pelbagai jenis Pokemon di mana ianya boleh di akses melalui pautan ini. Melaluinya, laman tersebut akan menyertakan pelbagai set-set lukisan seni garisan buat pelbagia jenis Pokemon dan pelawat boleh memuat-turunnya secara percuma dan mencetakkannya untuk diwarnakan.
Pada masa yang sama, Monsta juga umum set poster yang peminat boleh cetak untuk mengalak kanak-kanak untuk membasuh tangan dan berkumur di mana kedua-dua set poster tersebut boleh dimuat-turun di pautan di bawah.
[download] Muat-Turun Poster: Pokemon Membasuh Tangan [/download] [download] Muat-Turun Poster: Pokemon Berkumur [/download]Juga untuk menggalakkan lagi masyarakat untuk duduk di rumah, Monsta dan The Pokemon Company turut mengumumkan permainan khas di Facebook di mana terdapat dua permainan yang boleh dimainkan secara percuma.
Permainan pertama adalah permainan Pokemon Tower Battle di mana ianya boleh di akses melalui pautan ini. Melalui permua ini, pemain berupaya untuk bermain secara atas-talian bersama rakan dengan menyelesaikan tekaria fizik melalui pertempuran menara Pokemon.
Kedua pula adalah permainan Pokemon Medallion Battle yang mana ia meletakkan pemain untuk bertempur Pokemon dengan menggunakan pelbagai jenis Pokemon melalui koleksi medal yang terdapat di dalamnya. Bagi anda yang berminat, ianya boleh diakses melalui pautan ini.
Kandungan terakhir adalah akses untuk Pokedeks secara rasmi oleh Monsta dan The Pokemion Company yang mana ianya kini di dalam bahasa Malaysia. Melaluinya, pelawat berupaya untuk mencari dan melihat segala informasi berkenaan setiap jenis Pokemon dan pada masa yang sama mengetahui jenis serangan, berat, dan juga evolusi setiap Pokemon tersebut.
Bagi anda yang ingin mengakses Pokedeks tersebut, ianya boleh diakses secara percuma melalui pautan ini.
Semestinya kandungan Pokemon oleh Monsta dan The Pokemon Company ini adalah satu inisiatif yang harus dipuji atas sebab ianya bukan sahaja menggalakkan masyarakat untuk duduk di rumah, malah berinteraksi dengan pelbagai kandungan dan permainan Pokemon, terutamanya siri animasi musim pertama, yang mana pasti memberi pengalaman nostalgia buat peminat Pokemon seperti saya sendiri.
Jadi bagi peminat Pokemon di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk mengakses kandungan-kandungan Pokemon tersebut bermula hari ini.