Informasi Permainan Video Terkini
THQ Nordic Dan Koch Media Mengumumkan Penukaran IP Permainan

THQ Nordic Dan Koch Media Mengumumkan Penukaran IP Permainan

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

THQ Nordic seperti sedia maklum telah memperoleh pelbagai IP untuk permainan video, dan begitu juga dengan Koch Media yang secara sendirinya mempunyai IP mereka sendiri.

Hari ini, THQ Nordic mengumumkan penukaran beberapa permainan mereka bersama dengan Koch Media. Berikut adalah permainan yang ditukar;

THQ Nordic menerima; Sacred, Risen, Rush for Berlin, Second Sight & Singles: Flirt Uo Your Life!

Koch Media menerima; Painkiller dan Red Faction

Oleh kerana THQ Nordic dan Koch Media keduanya berada di bawah satu syarikat yang sama iaitu Embracer Group, penukaran ini tidak semestinya melibatkan penukaran wang tunai. Sebaliknya, ia lebih kepada penukaran tanggungjawab untuk studio pembangun yang mana akan melakukan sesuatu dengan IP tersebut.

Contohnya, jika anda inginkan permainan baharu Red Faction, anda tidak lagi perlu memintanya daripada THQ Nordic, sebaliknya ia adalah tanggungjawab Koch Media, jika mereka ingin melakukannya.


TIPS & ULASAN