HP telah mengumumkan HP Pavilion Gaming baharu yang kini dikuasakan oleh AMD, selain itu mereka juga mengumumkan dua promosi yang memberi anda peluang untuk memenangi HP Omen 15 keluaran terbaru bersama dengan pelbagai lagi hadiah menarik yang lain.

HP Pavilion Gaming

HP Pavilion Gaming merupakan keluarga komputer riba dan juga desktop yang khusus untuk penggunaan permainan video yang mesra dompet dan bajet anda. HP kini mengumumkan yang ia akan turut dikuasakan oleh cip pemprosesan oleh AMD, memberikan pengguna pilihan tambahan.

HP Pavilion Gaming 15

HP Pavilion Gaming 15 seperti kita sedia maklum terkenal kerana menawarkan pengalaman permainan video yang memuaskan dengan badan komputer riba yang kecil iaitu 360 x 257 x 23.5 mm serta ringan dan mudah untuk di bawa dengan berat bermula 2.252 kg sahaja.

Bagi anda yang sering bermain tanpa menggunakan set fon kepala, ia juga akan menyertakan pembesar suara yang menggunakan tetapan oleh Bang & Olufsen untuk memberi bunyi yang lebih mendalam. Sesuatu yang sudah menjadi kelebihan bagi komputer riba keluaran HP.

Kelebihan HP Pavilion Gaming 15 di atas, kini juga boleh didapati dengan pilihan CPU oleh AMD iaitu anda boleh memilih di antara AMD Ryzen 7 3750H atau AMD Ryzen 5 3550H bergantung kepada bajet anda, dan kedua-dua CPU-CPU tersebut adalah sangat baik untuk harga yang ditawarkan.

Bagi GPU pula ia menyertakan sehingga NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti ditambah dengan RAM sehingga 16GB yang lebih mencukupi untuk permainan HD Penuh dengan kelancaran melebihi 60FPS, yang akan mengguna pakai kadar segar semula 144Hz yang ditawarkan olek skrin untuk komputer riba ini. Tambahan, ia juga akan memberikan kualiti paparan yang sangat menawan dengan penggunaan panel IPS.

Bagi pilihan storan pula, dengan permainan kini memerlukan storan yang besar, anda tidak perlu risau kerana ia menawarkan storan sehingga 1TB untuk HDD bersama dengan 256GB SDD jika anda inginkan sesuatu untuk dibaca dengan lebih cepat.

HP Pavilion Gaming Desktop

Bagi penggemar desktop, tarikan utama adalah perkakasan lebih mudah dikemaskini untuk mendapat spesifikasi yang terbaik. HP melalui Pavilion Gaming Desktop mengekalkan perkara tersebut dengan menawarkan rangka bersaiz 15L memberi ruang untuk pelbagai penambahan serta ruangan tambahan dan juga memastikan yang ia bersesuaian untuk satu masa yang lama, tanpa memberikan anda masalah “tidak cukup ruang”.

Ia ditambah lagi dengan rekaan yang menawan, serta port di depan yang cukup banyak untuk memudahkan anda memenuhi kepelbagaian penggunaan desktop.

Walau bagaimanapun, dengan apa yang sedia ada, anda mungkin tidak perlu melakukan pengubahsuaian untuk masa terdekat. Ia hadir dengan pilihan CPU seperti Generasi ke-9 Intel i7 8-teras. Selain itu, ia juga kini hadir dengan pilihan untuk CPU oleh AMD iaitu Generasi ke-3 AMD Ryzen-7 8-Teras. Dengan pelbagai pilihan ini, tiada pilihan adalah salah.

Manakala untuk GPU, ia menawarkan Nvidia Geforce RTX 2070 bersama dengan RAM 32GB yang akan menjanjikan permainan video dengan resolusi 4K dan kadar kelancaran sehingga 60FPS. Tidak memerlukan 4K? Ia akan memberikan sesi permainan HD penuh dengan kadar kelancaran melebihi 120FPS.

Tonton Dan Menang

Selain itu, HP Malaysia juga mengumumkan promosi #PlayToProgress di mana anda bolen tonton strim bersama dengan strimer tempatan terkenal dan berpeluang untuk memenangi komputer riba HP Omen 15 bernilai lebih RM6 ribu dan baucar Steam RM50.

Setiap minggu bermula 25 Jun ini, CortX, Maya, Momoko dan Faraz akan berkongsi tips dan juga barangan yang boleh mempertingkatkan kualiti sesi bermain anda. Mereka juga akan tanya soalan rahsia berkait dengan strim tersebut dan 5 pemenang akan berpeluang untuk memenangi baucar Steam RM50 dan pada minggu terakhir memenangi HP Omen 15.

Berikut adalah jadual strim yang anda boleh tonton di laman Facebook HP Malaysia;

  • CortX – 25 Jun, 9 malam
  • Maya – 1 Julai, 9 malam
  • Momoko – 8 Julai, 9 malam
  • Faraz – 15 Julai, 9 malam

Beli Dan Menang

Tidak cukup dengan itu, HP Malaysia juga sedang menganjurkan promosi Work & Play yang juga memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah yang bernilai melebihi RM27 ribu termasuk juga HP Omen 15, serta monitor HP 24y, HP Deskjet Ultra 4729 dan kartrij dakwat HP 46.

Cara untuk memenanginya adalah dengan membeli komputer terpilih oleh HP, hantar bukti pembelian anda, menjawab beberapa soalan dan mengisi penuh slogan di laman ini, anda juga boleh menggunakan Whatsapp dengan imbas QR code di bawah.

Beli dan Menang: Work & Play


Hadirnya HP Pavilion Gaming bersama dengan cip pemprosesan AMD sudah semestinya akan memberi pengguna pelbagai pilihan berbeza. Pastikan anda follow sosial media HP Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai penawaran komputer riba dan juga desktop oleh mereka serta pelbagai promosi lain yang sedang berlangsung.

Jangan terlepas peluang untuk menyertai #PlayToProgress serta Work & Play untuk berpeluang membawa pulang HP Omen 15.

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh HP Malaysia

Sohor Kini