Informasi Permainan Video Terkini
Steam Menganjurkan Jualan Promosi Bersempena Golden Week
PC

Steam Menganjurkan Jualan Promosi Bersempena Golden Week

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Golden Week merupakan minggu yang mempunyai pelbagai sambutan di Jepun. Ia berlangsung daripada 29 April sehingga 6 Mei. Bersempena dengan itu, Steam telah menganjurkan jualan promosi bermula pada 30 April sehingga 6 Mei.

Mereka menawarkan pelbagai permainan dengan harga diskaun dan kebanyakan permainan tersebut diterbitkan oleh penerbit dari Jepun. Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan;

  • Monster Hunter World – RM64.68
  • Resident Evil 2 – RM44.50
  • Devil May Cry 5 – RM44.50
  • Dark Souls 3 – RM42.50
  • Dragon Quest XI – RM124.50
  • Ace Combat 7 – RM62.37
  • Daemon x Machina – RM76.00
  • Yakuza 0 – RM28.90
  • Dragon Ball Z Kakarot – RM106.53
  • Ni No Kuni II Revenant Kingdom – RM71.70

Di atas adalah sebahagian kecil sahaja daripada permainan yang ditawarkan melalui jualan promosi ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli permainan yang sudah lama diidamkan.

Steam: Jualan Promosi Golden Week 2020


TIPS & ULASAN