Star Wars Jedi: Fallen Order Menerima Penambahan Percuma

Bersempena dengan Hari Star Wars, EA dan Respawn Entertainment telah mengumumkan penambahan percuma untuk permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang tiba bermula hari ini.

Video pengumuman anda boleh tonton di bawah.

Antara penambahan yang disertakan adalah cabaran pertempuran, di mana pemain boleh memilih pelbagai kawasan yang disertakan di dalam permainan ini untuk menguji kemahiran pertempuran anda. Pemain juga boleh menghasilkan cabaran sendiri.

Selain itu, ia juga menyertakan pelbagai barangan kosmetik baharu termasuk juga kostum dan warna Ligthsaber untuk Cal. Mod “New Journey Plus” pula membolehkan pemain utnuk bermain semula permainan tetapi mengekalkan kesemua barangan dan juga tahap pemain.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, penambahan ini adalah percuma untuk semua pemain dan boleh mula dimuat turun bermula sekarang.

Star Wars Jedi: Fallen Order sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Sohor Kini