Informasi Permainan Video Terkini
Meninggalkan DLive, PewDiePie Kini Akan Strim Secara Eksklusif di Youtube

Meninggalkan DLive, PewDiePie Kini Akan Strim Secara Eksklusif di Youtube

Diterbitkan pada Mei 5, 2020 oleh .

Bagi yang tidak mengikut PewDiePie anda mungkin tidak tahu yang beliau juga melakukan penstriman selain mengeluarkan video di Youtube, namun, beliau melakukannya secara eksklusif di DLive, platform penstriman yang mungkin tidak dikenali ramai.

Hari ini tampaknya ia akan berubah apabila YouTube mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian untuk memastikan PewDiePie atau nama beliau Felix Kjellberg kini akan strim secara eksklusif di YouTube.

Perkara ini tidak mengejutkan, apa yang mengejutkan adalah ia mengambil YouTube lebih lama untuk mendapatkan beliau yang merupakan individu dengan pelanggan tertinggi di YouTube. Mungkin kerana perjanjian di antara PewDiePie dan DLive yang menyekat pihak YouTube sebelum ini.

Buat masa ini, maklumat lanjut mengenai perjanjian tersebut tidak disahkan.


TIPS & ULASAN